| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Penaung Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) UTHM Ke Pejabat Komisioner Jeneral Penjara

8 Mac 2018 ? Jabatan Penjara telah menerima kunjungan hormat daripada penaung SISKOR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Pejabat Komisioner Jeneral Penjara. Penaung Siskor yang hadir terdiri daripada Profesor Dr Ahmad Tarmizi Bin Abd.Karim, Prof. Madya Dr Mohd Khir Bin Mohd Nor, Prof. Madya Dr Mohd Haziman Bin Wan Ibrahim, Pn Zalinah Binti Salehon dan Pn Nor Azwa Binti Mohammad. Turut hadir adalah Pengarah Dasar Kepenjaraan, Pengarah Pengarah Penjara Negeri Johor, Pengarah Pembangunan Profesionalisme,  Bahagian Undang-undang, Pengarah Penjara Simpang Renggam,  dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Penjara Simpang Renggam.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan memorandum persefahaman (MOU) antara UTHM dan Jabatan Penjara dalam memperkukuhkan program Siswa Siswi Koreksional di UTHM melalui pembangunan Kokurikulum Berkredit SISKOR, pembangunan buku panduan SISKOR, kejurulatihan, logistik dan  pembangunan kepakaran.
Selain itu juga, pihak penaung SISKOR UTHM turut mencadangkan program semasa seperti Konvensyen Koreksional, Mobiliti Berkredit ke Luar Negara dan Executive Talk SISKOR UTHM 1.0. Kedua-dua pihak juga berharap hasil kerjasama ini akan turut membuka peluang kolobrasi kepakaran dalam bidang koreksional melalui penerbitan buku-buku dan lain-lain.


""