Pada 13 Mac 2018 (Selasa) Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima kunjungan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Ziarah ini bertujuan memupuk semangat mahabbah, ukhuwah dan kasih sayang bersama penghuni-penghuni yang menjalani pemulihan di institusi ini. Pengisian program dimulakan dengan tazkirah, sesi soal jawab dan solat Zohor berjemaah bersama-sama penghuni di Dewan Parameswara.
""