Pada 20hb Mac 2018 (Selasa) - Bertempat di Mess Damai, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Deradikalisasi Banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin daripada Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia bersama- sama KIP Mohd Juhaimi bin Jusoh daripada Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir pegawai-pegawai pemulihan dan pegawai yang bertugas Zon Damai. Seramai 10 orang penghuni terlibat dalam program ini.
""