Pusat Koreksional Kamunting, 20 Mac 2018 (Selasa) - Program khidmat masyarakat bagi tahanan POTA ini bermula pada jam 0730 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1100 pagi. Sepanjang program dijalankan semua tahanan memberikan layanan dan kerjasama yang amat baik kepada warga emas di Rumah Seri Kenangan Taiping tanpa mengira bangsa dan agama. Program khidmat masyarakat yang dijalankan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya Rumah Seri Kenangan Taiping telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dan kehadiran tahanan untuk menjalankan program tersebut juga amat dialu-alukan oleh pihak tersebut bagi memasyarakatkan warga Rumah Seri Kenangan. Menurut Penguasa Rumah Seri Kenangan Taiping Encik Abdul Razak bin Yahya, program khidmat masyarakat bagi tahanan fasa 4 di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 telah diberi penghormatan setelah pertama kalinya dibenarkan untuk dijalankan pada awal pagi untuk agensi luar mengadakan program di tempat tersebut semasa pengurusan penghuni warga emas yang kurang upaya dibuat. Program awal pagi yang dijalankan adalah seperti menguruskan penghuni untuk kebersihan diri, kebersihan penginapan, mengurus makan minum dan menyantuni warga emas di Rumah Seri Kenangan tersebut. Selain itu juga, beliau mengharapkan Tempat Tahanan Khas Kamunting dapat mengadakan program sebegini pada masa akan datang dan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya bersama Rumah Seri Kenangan Taiping. Antara yang turut hadir dalam program adalah YBhg. Dato? Haji Nordin bin Haji Muhammad (Pengarah Pengurusan Banduan), KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang (Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen), TKP Tan Tian Heng (Pengarah Penjara Negeri Perak), PKK Mohd Muslih bin Mahmud (Pengarah Tempat Tahanan Khas Kamunting), PKK Abdul Kadir bin Jailani (Pegawai Undang-Undang Jabatan Penjara), P/ACP Abdul Alim bin Ahmad (Bahagian E8 Counter Terrorism PDRM), PP Harun bin Awang (Timbalan Pengarah Tempat Tahanan Khas Kamunting), PP Zool Fadli bin Ismail (Seksyen Pemulihan dan Rawatan), En. Asrul bin Zakaria (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN), serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara.
""