| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Dan Sumbangan Bubur Lambok Peringkat Kakitangan Dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Tanggal 31 Mei 2018 (Khamis) bersamaan 15 Ramadan 1439H, Unit Agama Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Memasak Dan Sumbangan Bubur Lambok Peringkat Kakitangan dan Penghuni bertempat di hadapan Kantin Dalam, Pusat Koreksional Jasin. Turut hadir pada program ini ialah PKP Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin selain kakitangan dan penghuni.

   
Penyediaan bubur lambok tersebut adalah hasil sumbangan kewangan daripada Kakitangan, PERSIAP dan Kelab Rekeasi & Kebajikan  Pusat Koreksional Jasin (RESKA) sendiri. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan  dan penghuni selain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT melalui perkongsian rezeki yang disumbangkan.


""