01 Jun 2018 - Program Bubur Lambuk Ramadhan 2018 bagi Penjara Sandakan telah diadakan bertempat di Masjid As-Syakirin, Penjara Sandakan. Seramai 19 Orang Pegawai dan Anggota pelbagai pangkat terlibat dalam penyediaan bubur lambuk bermula seawall jam 06.00 pagi. Objektif Program adalah untuk mengeratkan ukhwah dan tali silturahim di antara kakitangan dan masyarakat setempat disamping beramal serta mengimarahkan amalan bersedekah di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebanyak 650 bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan dan masyarakat setempat selepas solat jumaat. Penyampaian bubur lambuk telah disempurnakan oleh PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan.
""