Pada 31 Mei 2018 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Peringkat Institusi Penjara Tapah, Perak. Penghuni yang terlibat adalah seramai 280 o/bdn lelaki dan 20 o/bdn wanita yang dijalankan ditempat berasingan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali (Timbalan Pengarah Penjara Tapah), diiringi oleh PPPK Abdul Razak bin Darus. Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan persiapan majlis berbuka puasa telah bermula pada waktu pagi. Sebelum waktu berbuka puasa, telah diadakan tazkirah dan tahlil ringkas dan program solat terawih sebagai penutup majlis. Aktiviti yang dijalankan diketuai oleh Ustaz Umar Mukhairiz bin Mohd Nor dari Unit Agama Penjara Tapah untuk penghuni lelaki. Manakala bagi penghuni wanita dijalankan aktiviti khatam Al-Quran yang disertai oleh 13 o/bdn dan persembahan nasyid.
""