Pada 07 Jun 2018, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara Negeri Sarawak Bersama Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman yang bertempat di Dewan Sri Simanggang Penjara Pusat Sri Aman. Antara objektif pelaksanaan program ini ialah untuk merapatkan silaturrahim di antara Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman. Di dalam program tersebut juga dihadiri ahli keluarga kakitangan Penjara Pusat Sri Aman. Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKPj Ajidin Bin Haji Salleh dan diiringi oleh ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Pada tersebut juga, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menyerahkan sumbangan kuih Raya kepada kakitangan Penjara Pusat Sri Aman.
""