| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 15hb Jun 2018 (Jumaat) - Sempena 1 Syawal 1439H, Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan penghuni yang beragama Islam bertempat di Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Imam dan Khatib Solat sunat ini dipimpin oleh Pembantu Guru Agama, Sarjan Mohd Rajit bin Ismail. Program dimulakan seawal jam 08.00 pagi dengan laungan takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah. Solat Sunat Aidilfitri ini melibatkan seramai 100 orang penghuni. Program ini turut dihadiri oleh pegawai pemulihan serta anggota yang bertugas pada hari tersebut. Seterusnya, penyerahan sumbangan kuih-muih daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) oleh PP Jomison Gondikit selaku pegawai yang bertugas kepada anggota di setiap zon penempatan. Selesai Solat Sunat Aidilfitri semua anggota dan penghuni menikmati jamuan khas Hari Raya Aidilfitri yang disediakan.


""