Majlis Berbuka Puasa Penghuni India Muslim Anjuran Bersama Penjara Sungai Buloh Dan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) telah diadakan pada hari Jumaat, 01 Jun 2018 di Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian program ialah ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato? Haji Jawahar Ali bin Taib Khan, ucapan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, penyampaian cenderahati daripada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh kepada Yang Berbahagia Dato Haji Jawahar Ali bin Taib Khan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, ADUN Paya Jaras diiringi Tuan Mohamad Izuddin bin Mohd Ariffin, Timbalan Penguasa Penjara dan Majlis Berbuka Puasa. Program bermula jam 5.30 petang dan berakhir jam 8.00 malam dan disertai oleh 170 orang penghuni.
""