| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen Di Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak

Bintulu, 14 June 2018 ? Sempena sambutan Aidilfitri 2018 yang bakal tiba, Jabatan Penjara Malaysia memberi peluang kepada banduan yang layak untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen ( PBSL ). Melalui program ini, banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama 7 hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut. Perlaksanaan program adalah tertakluk dalam Seksyen 43 Pelepasan Banduan Secara Berlesen Akta Penjara Malaysia.

Pada tahun ini, seramai 2 orang banduan telah diluluskan untuk diberikan lesen PBSL. Saringan permohonan semua telah dilakukan di seluruh Penjara Malaysia dan hanya 2 orang banduan sahaja yang dibenarkan untuk diberikan lesen PBSL sempena Aidilfitri. Kedua-dua banduan tersbut merupakan banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak. Antara syarat utama untuk mengikuti PBSL adalah persetujuan Pihak Keluarga, Tahap Kepulihan Banduan, Kemajuan Banduan Dalam Program Pembangunan Insan ( PPI ) dan Disiplin Banduan. Banduan yang boleh memohon adalah banduan yang menjalani hukuman lama dan telah menjalani hukuman pemenjaraan tidak kurang daripada 4 tahun dan telah berada di Peringkat 4 didalam Sistem Peringkat Progresif di penjara.

Pelepasan 2 orang banduan yang mengikuti PBSL ini telah dilakukan pada jam 800 pagi oleh Penguasa Penjara Azmi Bin Mahat dan banduan telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. Amanat yang diberikan oleh Penguasa Penjara Azmi Bin Mahat kepada banduan dan keluarga banduan agar mereka menghargai masa serta peluang yang diberikan sebaik mungkin dan menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa mereka mampu berubah dan diterima semula oleh keluarga serta masyarakat.


""