27 Jun 2018 (Rabu), telah diadakan dengan jayanya Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Bentong, Pahang. Program tersebut telah di sempurnakan oleh YH. KP Dato? Ab Basir Bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Pahang. Seramai 40 orang penghuni telah terpilih untuk meraikan Sambutan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini iaitu melibatkan 35 penghuni lelaki dan 5 penghuni wanita. Bilangan keseluruhan pelawat yang hadir ialah seramai 192 orang. Majlis diakhiri dengan lambaian kasih penghuni kepada keluarga. Diharap program seperti ini dapat memupuk keinsafan dalam diri banduan dan bertekad tidak akan mengulangi lagi kesalahan pada masa hadapan.
""