Pada 27 Jun 2018 Unit Pemulihan dengan kerjasama Unit Rekod Penjara Pusat Sibu telah menganjurkan program Jalinan Kasih sempena perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri. Program tersebut melibatkan 10 orang penghuni yang terpilih dan seramai lebih kurang 50 orang ahli keluarga penghuni telah menghadiri program tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim di antara penghuni dengan ahli keluarga walaupun mereka sedang menjalani hukuman pemenjaraan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Mohd Jusoh bin Ismail.
""