Pada 26 Jun 2018 (Selasa), Pusat Koreksional Bintulu telah menerima kehadiran enam (6) pasukan yang terdiri daripada sembilan belas (19) kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu untuk melakukan Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran institusi ini. Pasukan yang terlibat terdiri daripada empat (4) unit iaitu Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Unit Kawalan Mutu Air Minuman, Unit vektor dan Unit KPAS. Pemeriksaan telah melibatkan beberapa tempat utama seperti dapur, kantin, klinik dan blok bengkel yang telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
""