| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Penyegaran Minda dan Khidmat Bakti Di Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak Anjuran Pusat Koreksional Kamunting

Pusat Koreksional Kamunting telah megadakan Kursus Penyegaran Minda dan Khidmat Bakti yang dilaksanakan di perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu Sungai Siput, Perak pada 03 hingga 04 Julai 2018. Kursus ini dilaksanakan selama 2 hari 1 malam. Seramai 15 peserta pelbagai pangkat Institusi ini terlibat di mana semua peserta bermalam di perkampungan Orang Asli. Pelepasan peserta Kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKK Mohd Muslih Bin Mahmood dan semua peserta Kursus menggunakan motorsikal secara berkumpulan dan diketuai oleh penyelaras Kursus IP Ahmad Shaiful Bin Rafie. Kursus ini bertujuan memupuk rasa keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara kakitangan PK Kamunting dengan masyarakat luar. Selain itu, peserta kursus dapat melihat dan merasai keadaan sebenar cara hidup dan persekitaran perkampungan orang asli dalam dunia moden pada hari ini.  Di samping itu pihak penyelaras kursus menyampaikan sumbangan pakaian terpakai untuk masyarakat orang asli yang rata-rata mereka keluarga yang susah dan memerlukan perhatian.


""