11 JULAI 2018 (RABU) ? Pusat Koreksional Kamunting telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Utara 2 Jabatan Penjara Malaysia pada 11 Julai 2018 bermula jam 8.00 malam bertempat di Perkarangan Parkir Utama Pusat Koreksional Kamunting. Majlis disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah Keselamatan dan Inteligen IPPM, TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Tapah, PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PKP M.Basakaran a/l S.Muthiah, Pengarah PPA Batu Gajah, PP Haji Turedy bin Abdullah, Pengarah Parol Negeri Perak, PP Abdul Rahman bin Hassan, Timbalan Pengarah Taiping, dan PP Hamdhan bin Mat Noh, Timbalan Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping. Turut menghadiri majlis ialah Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pengarah Hospital Taiping, Majistret Mahkamah Taiping, Pemerintah Rejimen Jurutera Tentera Taiping, Ketua Polis Daerah Taiping, Ketua Balai Bomba Kamunting, Ketua Bahagian Narkotik IPD Taiping, Ketua Balai Polis Kamunting, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting, Wakil Pegawai Belia dan Sukan, Wakil Jabatan Veterinar, Wakil Jabatan Pertanian, Wakil Jabatan Perikanan dan pesara-pesara yang pernah berkhidmat di PK Kamunting. Majlis turut menyediakan hidangan juadah hari raya, serta persembahan dan diserikan dengan persembahan daripada wakil kakitangan PK Kamunting, Penjara Tapah, pelatih PLPP dan anak-anak kakitangan PK Kamunting. Sumbangan duit raya, dan cenderahati daripada Pengarah PK Kamunting bersama isteri dan Timbalan Pengarah PK Kamunting bersama isteri serta pertunjukan bunga api menambahkan lagi kemeriahan dalam suasana hari raya majlis.
""