Pada 10.07.2018(selasa) bertempat di Dataran Mini Kenyalang telah berlangsung Program Jalinan Kasih Banduan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak peringkat Penjara Pusat Miri. Seramai 18 banduan lelaki dan 2 banduanita serta seramai 100 anggota keluarga terlibat dalam sambutan Program Jalinan Kasih tersebut. Majlis ini telah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Muhammad Khalid bin Muhammad. Turut hadir dalam program ini ialah Wakil Lembaga Hakim Pelawat dan pegawai-pegawai kanan institusi. Majlis ini bermula dengan ucapan kata-kata aluan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Muhammad Khalid bin Muhammad. Seterusnya gimik perasmian dengan acara memotong kek oleh banduan bersama keluarga. Program ini diakhiri dengan persembahan nyanyian wakil dari penghuni.
""