Menjelang berakhirnya bulan Syawal, Pemilik Kereta Perodua Alza Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10.07.2018 ( Selasa ) di Rumah Kelab Penjara Sungai Udang, Melaka. Sambutan buat kali kedua ini telah mengumpulkan kira-kira 24 buah kereta Perodua Alza yang terdiri dari anggota Penjara Sungai Udang. Turut hadir ke majlis ini adalah TPP Che Azlan bin Che Min yang mewakili Ybrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang. Dalam sambutan tersebut didakan cabutan nombor bertuah, penyampaian duit raya kepada anak-anak dan pemotongan riben ahli baru yang ke 24 Kelab pemilik kereta Perodua Alza Penjara Sungai Udang. Ia dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli kelab, mengumpul keahlian, mengenali ahli keluarga kelab dan dapat memeriahkan suasana hari raya.
""