Pada 19 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Perkarangan Blok Bujang Institusi ini. Majlis ini melibatkan kesemua kakitangan dan ahli keluarga dari institusi ini. Turut memeriahkan majlis Pengarah PKPA, PKP Amer Shariffudin bin Mat Noor dan Timbalan Pengarah PP Anbalagan a/l Subramaniam. Atucara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Ilyas bin Khairi, Ucapan Aluan Pengarah dan seterusnya jamuan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu raya, cabutan bertuah dan pemberian duit raya. Kakitangan juga berpeluang bekerjasama dalam pertandingan Gerai Tercantik yang terdiri dari 4 Gerai yang menyediakan pelbagai menu seperti satay, lemang, ketupat, rendang, aksa dan juga minuman. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah Gerai Tercantik, Pakaian Tercantik dan juga cenderahati.
""