| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Jalinan Kasih Penghuni Sempena Perayaan Hari Raya Dan Gawai Penjara Limbang Bagi Tahun 2018

Majlis Jalinan Kasih Penghuni Penjara Limbang sempena Perayaan Hari Raya dan Gawai telah diadakan pada 10 Julai 2018 (Selasa) bertempat di Dataran Penghuni Penjara Limbang. Majlis dirasmikan oleh PP Hamad bin Seman, Timbalan Pengarah Penjara Limbang dan turut dihadiri Hakim Pelawat Penjara, Pegawai Jabatan Agama Islam dan Pegawai Baitulmal Limbang.

Seramai 12 orang penghuni telah dipilih dan 45 orang ahli keluarga penghuni turut hadir. Aturcara Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh PP Hamad bin Seman Timbalan Pengarah Penjara Limbang, disusuli dengan ucapan penghargaan oleh  wakil penghuni. Majlis diteruskan lagi dengan sesi jamuan makan, perjumpaan dan persembahan kugiran lagu Hari Raya serta Gawai daripada penghuni. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dengan sesi bergambar penghuni dan keluarga bersama Pegawai dan tetamu jemputan.


""