Pada 19 Disember 2017, Unit Lain-lain Agama ,PPI Penjara Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Krismas peringkat Penghuni beragama Kristian Penjara Kajang 2017. Program ini diketuai oleh En. Stanley Gomez A/L Jusa Augustin Gomez bersama 08 staff daripada Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysian (Prison Fellowship Malaysia). Majlis yang turut dihadiri oleh PPP Rathrishnan A/L Kanniah dan Insp Larry John A/L Yu Hing melibatkan seramai 250 penghuni. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan penghuni-penghuni yang beragama kristian dan merupakan program tahunan di seluruh institusi penjara.
""