| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Jalinan Kasih Penghuni Sempena Hari Krismas Penjara Pusat Miri Tahun 2017

Pada 28 Disember 2017, telah berlangsung Program Jalinan Kasih Penghuni bersempena sambutan Hari Krismas peringkat institusi bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh serta tetamu jemputan daripada pihak Prison Fellowship Malaysia ( Sarawak ). Program ini telah disertai oleh seramai (11) orang penghuni dan lebih kurang (50) orang ahli keluarga penghuni yang terlibat. Program bermula dari jam 09.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengahari. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang baik dan sokongan daripada ahli keluarga penghuni yang terlibat. Ianya diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan penghuni dan ahli keluarga yang terpisah di samping memberikan suasana sambutan perayaan kepada mereka.


""