Bertempat di Bengkel Pastri Wanita Penjara Sungai Udang, Melaka pada 11.01.208 ( Khamis ) telah diadakan Majlis Makan Tengahari Lambaian Kasih Sempena Meraikan Persaraan YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis yang diadakan telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan wanita Penjara Sungai Udang. Majlis secara santai tersebut bermula 12.30 tengahari sehingga 03.00 petang. Majlis pemotongan pulut kuning persaraan juga telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk, penyampaian cenderahati juga telah diadakan dan sepanjang majlis tersebut telah dihiburkan dengan nyanyian dari anggota wanita Penjara Sungai Udang, Melaka.
""