| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penerimaan Ijazah Dan Tahsin Surah Al-Fatihah (Ijazah Sanad) Penjara Marang Terengganu Tahun 2018

17hb. Januari 2018 (rabu) ? Firman Allah S.W.T : ?Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad), tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.? (Surah Al-Hijr: ayat 87). Dalam Sahih Muslim, Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa Allah S.W.T terus menjawab bacaan Al-Fatihah hambanya, diriwayatkan dari al-?Ala? bin Abdur Rahman, dari ayahnya dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda : ?Aku telah membahagi solat dua bahagian antara diri-Ku dan hamba-Ku. Bagi hamba-Ku apa yang dia minta. Jika dia mengucapkan, ?Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam?, maka Allah S.W.T berfirman ?Hamba-Ku telah memuji-Ku?. Dan jika dia mengucapkan ?Yang menguasai hari pembalasan?, maka Allah S.W.T berfirman ?Hamba-Ku telah memuliakan-Ku?. Jika dia mengucapkan "Hanya kepada Engkaulah kami beribadat dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan?. Maka Allah S.W.T berfirman ?Inilah bahagian antara hamba-Ku dan diri-Ku, untuk hamba-Ku apa yang dia minta?. Dan jika dia mengucapkan ?iaitu jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat?, maka Allah S.W.T berfirman ? Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku pula apa yang dia minta?.

Bertepatan dengan permintaan masa kini, Unit Agama Penjara dengan kerjasama pihak Pengurusan Penjara Marang Terengganu meneruskan lagi program pengimarahan Surau Muhammadiah, Penjara Marang dengan program penerimaan Ijazah dan Tahsin surah Al-Fatihah (Ijazah sanad) oleh Sohibul Fadhilah Syed Abdillah bin Syed Sulaiman Al-Kherid (Pemengang Sanad Al-Quran). Majlis bermula jam 7.00 petang dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shayuti bin Abdullah, seterusnya disusuli dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Sohibul Fadhilah Syed Abdillah bin Syed Sulaiman Al-Kherid. Program diteruskan dengan bengkel bacaan surah Al-Fatihah. Seramai 93 orang jemaah hadir untuk bersama-sama memanfaat masa lapang yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan memperbaiki bacaan dalam surah Al-Fatihah, turut hadir dalam program ini iaitu Pengarah Penjara Marang serta pegawai kanan, anggota dan jemaah muslimin berdekatan. Seterusnya program diteruskan dengan pengijazahan sanad umum oleh Sohibul Fadhilah kepada jemaah yang hadir dan memimpin solat isya? berjemaah. Mengakhiri program adalah program pengijazahan sanad secara individu bacaan surah Al-Fatihah secara bertalaqqi dan hadir di hadapan guru. Moga-moga Allah S.W.T senantiasa membimbing akan kita semua agar dapat mengamalkan dengan tujuan yang baik dan beristiqomah, serta memilih akan kita semua berjalan diatas jalan orang-orang yang senantiasa diberi perhatian oleh-Nya Allah serta dikurniakan akan redha-Nya, nikmat-Nya, hidayah-Nya, taufik-Nya Allah dan dikumpulkan akan kita semua bersama-sama orang yang berjaya dan beruntung didunia dan diakhirat. Aamiin Allahumma Aamiin.


""