Tepat jam 05.02 petang pada 18.01.18 (Khamis) merupakan detik terakhir bagi Ybhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka merakam waktu bertugas dan ini merupakan tamatnya perkhidmatan Ybhg. Datuk bertugas dalam Jabatan Penjara Malaysia setelah lebih 25 Tahun. Suasana sebak dan pilu amat terasa dikalangan anggota uniform perbagai pangkat serta kakitangan awam Penjara Sungai Udang, Melaka di mana lebih kurang 7 tahun berkhidmat di bawah kepimpinan Ybhg Datuk. Sebelum menaiki kenderaan jabatan, IP Mohd Hanis bin Daud telah melaporkan Master terakhir kepada Ybhg. Datuk dan merupakan kali terakhir bagi Ybhg. Datuk menerima laporan master dari Pegawai Pintu Besar Penjara Sungai Udang, Melaka.
""