Pada 13-14 Januari 2018 Kelab Sukan Dan Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kakitangan di Pengkalan Balak Melaka. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan. Pelbagai acara telah dijalankan sebagai pengisian program seperti senamrobik, sukaneka dan tarik tali. Turut menjayakan program ini PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.
""