| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah Penghuni Penjara Marang Terengganu 2018

24hb. Januari 2018 (rabu) ? Firman Allah S.W.T : ?Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian? (Surah Ali `Imran: 185). Dari Abu Hurairah R.A: Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda: Segerakanlah pengurusan jenazah kerana jika jenazah itu baik maka sudah sepatutnya kamu menyegerakannya. Jika sebaliknya maka jenazah itu adalah keburukan yang kamu letakkan (lepaskan) dari leher-leher kamu (dari tanggungjawab kamu) (HR Muslim).

Pengurusan Jenazah merupakan Fardu Kifayah, adalah wajib dipelajari akannya, dituntut akannya dan diketahui akannya oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal ataupun pegawai syarak sahaja, tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya Allah S.W.T.

Dengan kesedaran inilah Pusat Latihan Kemahiran Marang, Penjara Marang Terengganu, bekerjasama dengan Pihak Pengurusan Penjara Marang dan Unit Agama Penjara Marang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program kursus iaitu Pengurusan Jenazah khusus kepada warga penghuni dipenjara. Unit Agama Penjara Marang telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai pengelola dan penganjur kursus yang dianjurkan. Program kursus Pengurusan Jenazah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rashid bin Mustaffa bertempat di Sekolah Tahfiz Husnul Khatimah Penjara Marang. Program yang bermula pada jam 09.00pagi dan berakhir jam 12.30tengahhari ini didahului dengan ucapan aluan oleh pengerusi program iaitu Ustaz Mohd Khairul Hisyam bin Ali, dan seterusnya program diteruskan dengan pengisian kursus oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rashid bin Mustaffa. Objektif utama penganjuran kursus adalah untuk menerapkan semangat ingin tahu kepada penghuni supaya mempelajari perkara yang berkait dengan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah salah satu Modal Insan yang diketengahkan oleh pihak Pengurusan Penjara Marang, Pusat Latihan Kemahiran Marang, Penjara Marang dan Unit Agama kepada penghuni Penjara Marang supaya menjadi agen pengembang serta membina wasilah bangsa yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya Allah S.W.T serta memiliki aura kendiri yang positif semasa berada didalam Penjara dan di luar Penjara(apabila di bebaskan kelak). Seramai 69 orang penghuni terlibat dalam program terdiri dari penghuni Sekolah Tahfiz Husnul Khatimah, Rumah N?Gaji dan pelatih SLDN dibawah Pusat Latihan Kemahiran Marang, Penjara Marang. Turut serta hadir dalam program iaitu PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu dan pegawai agama Penjara yang diketuai oleh Ustaz Shayuti bin Abdullah serta AJK unit agama Penjara yang bersama-sama berganding bahu dalam memastikan objektif program dapat berlangsung dengan jayanya. Semoga dengan pengkongsian yang dicurahkan itu menjadi asbab oleh-Nya Allah dan titik terpenting oleh-Nya Allah S.W.T dalam pembentukkan peribadi penghuni Penjara Marang Terengganu yang beriman, bertaqwa dan berilmu.


""