Pada 25 Januari 2018 (Khamis), Unit Agama Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah menganjurkan Program Solat Dhuha dan Tazkirah Peringkat Kakitangan dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Dengan Kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Program ini dimulai dengan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan juga diselangi dengan berzikir serta berselawat secara berjemaah bersama kakitangan dan penghuni yang telah dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Abd. Manap Bin Mohamad, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Dakwah PAID Jasin. Program ini diakhiri dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Muhammad Adid Bin Hatim, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIM.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Timbalan Penguasa Penjara Pusat Koreksional Jasin. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk amalan yang berterusan dalam diri kakitangan serta penghuni Pusat Koreksional Jasin dalam melakukan Solat Sunat Dhuha dan memperolehi kelebihannya.
"" Program ini dimulai dengan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan juga diselangi dengan berzikir serta berselawat secara berjemaah bersama kakitangan dan penghuni yang telah dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Abd. Manap Bin Mohamad, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Dakwah PAID Jasin. Program ini diakhiri dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Muhammad Adid Bin Hatim, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIM.