25 Januari 2018 (Khamis) : Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas telah mengadakan Program Transformasi Pemimpin Pelajar 2018 di Penjara Dusun Dato? Murad. Program yang berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 60 orang pelajar dan 6 tenaga pengajar itu telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato? Murad dan Unit PPI. Program ini merupakan Program NBOS melibatkan kerjasama antara Unit Pengurusan Psikologi KPT, Penjara Dusun Dato? Murad dan Kolej Komuniti Melaka serta Selayang. Acara penutupan program telah disempurnakan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad.
""