Pada 26 Januari 2018 (Khamis) jam 1.00 petang, Penjara Pusat Sri Aman, Sarawak menerima lawatan kerja Y.Bhg Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara. Lawatan kerja ini turut diringi oleh Y.Bhg Dato? Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan, TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Rombongan ini disambut oleh PKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman serta Pegawai Kanan Penjara Pusat Sri Aman. Dalam lawatan kerja tersebut, Y.Bhg Dato telah melawat di Pejabat Kewangan, Pejabat Pentadbiran, Pejabat Rekod, Blok Penempatan Penghuni dan Blok Dapur Banduan. Lawatan selesai pada jam 3.00 petang.
""