05 Febuari 2018 - Unit Agama Islam, Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu Negeri Sembilan telah menganjurkan program ceramah aqidah bertajuk ? Ahlusunnah Wal Jamaah Satu Pencerahan? bertempat di Surau Annur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program ini telah disertai 134 orang terdiri daripada kakitangan dan 20 orang aggota pelatih lantikan baru serta penghuni bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Unit Agama Islam Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menjemput Ustaz Mohd Azmi Bin Hj Masjuri Pegawai Agama dari Institut Pemantapan Dan Perkaderan Malaysia (IPHAM) Jelebu bagi menyampaikan ceramah. Objektif program ini ialah untuk memberi pencerahan ilmu dan pendedahan kepadan kakitangan dan penghuni tentang aqidah yang sebenar berkaitan dengan Ahlusunnah Wal Jamaah. Hal ini kerana, terdapat banyak penyelewengan aqidah yang berlaku pada hari ini. Dengan sebab itu unit agama Institusi Pemulihan Dadah Jelebu menganjurkan program ini bagi memantapkan lagi pemahaman tentang aqidah kepada kakitangan dan menjadi bekalan bagi penghuni apabila bebas kelak.
""