31hb. Januari 2018 (Rabu) ? Bertempat diSurau Muhammadiah, Penjara Marang Terengganu telah berlangsung dua(02) majlis iaitu Kuliah Maghrib Mingguan dan Solat Sunat Khusuf (Solat Sunat Gerhana Bulan) peringkat kakitangan Penjara Marang. Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shayuti bin Abdullah(Ketua Unit BAPEM Marang). Lebih 100 orang jemaah hadir dalam majlis ini terdiri dari Pengarah Penjara Marang Terengganu, barisan pegawai kanan serta anggota. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemaah Muslimin dan Muslimat yang tinggal berdekatan untuk turut sama-sama berada dalam taman syurga serta mendapat fadhilat Solat Sunat Gerhana Bulan berjemaah.
Dari Aisyah R.A. bahawa Nabi S.A.W bersabda: ?Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah?.( Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Inilah sunnah Baginda S.A.W apabila berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari sepertimana hadis di atas (berdoa, bertakbir, bersedekah, bersembahyang). Sudah menjadi satu kewajiban untuk kita sebagai ummat Rasulullah S.A.W untuk kembali menghidupkan sunnahnya sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda S.A.W. Rasulullah S.A.W telah berwasiat kepada ummatnya agar senantiasa berpegang teguh kepada Al-Quran & As Sunnah.
Solat Sunat Khusuf telah di imamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Shayuti bin Abdullah dan seterusnya, sesi khutbah pula telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Hisyam Bin Ali(Pegawai Agama BAPEM Marang).
"" Dari Aisyah R.A. bahawa Nabi S.A.W bersabda: ?Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah?.( Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)