Pada 28 Januari 2018 (Ahad), Kelab Futsal Penjara Seremban telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Pengarah Penjara Seremban 2018. Seramai 42 orang pemain termasuk anak-anak kakitangan Penjara Seremban telah menyertai pertandingan tersebut dan dibahagikan kepada 6 pasukan secara undian. Pasukan Cong Codei FC berjaya menjadi Johan pertandingan manakala Naib Johan adalah pasukan Petir FC. Tempat ketiga bersama pasukan Bingkas FC dan Kaki Bangku FC. Pengarah Penjara Seremban, PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin juga turut serta memeriahkan dan menyertai pertandingan sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat anggota, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyahut cabaran jom sihat dikalangan anggota.
""