07hb. Februari 2018(Rabu) ? Penjara Marang Terengganu telah menerima kunjungan hormat PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar(NRE) diketuai oleh Penaung PUSPANITA NRE, YBhg. Dato? Sri Feona Wan Juniaidi serta ahli rombongan PUSPANITA NRE, turut serta hadir dalam program lawatan adalah Yang Dipertua PERSIAP Penjara Malaysia Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Pengerusi PUSPANITA NRE Datin Sri Noridzan binti Abd Rani dan Timbalan, Pengerusi dan Timbalan PUSPANITA JKPTG, Pengerusi PUSPANITA JPSM, Pengerusi PUSPANITA JUPEM, Pengerusi PUSPANITA PERHILITAN, Pengerusi PUSPANITA NAHRIM, Pengerusi PUSPANITA JPS, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JMG, Pengerusi PERSIAP Cawangan Negeri Terengganu dan Timbalan serta Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pengarah Pusat Koresional Dungun, Pengarah Penjara Marang Terengganu dan kakitangan. Susunatur lawatan dengan ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan dan AJK PERSIAP Penjara Marang, ketibaan Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, ketibaan YBhg. Dato? Sri Feona Wan Junaidi Penaung PUSPANITA NRE. Seterusnya sesi taklimat oleh Ybrs. PKK Mohamad bin Ismail Pengarah Penjara Marang Terengganu. Program diteruskan dengan sesi lawatan ke Kompleks Songket dan lawatan ke Sekolah Integriti Marang. Serta sesi dialog bersama pelajar dan guru Sekolah Integriti. Mengakhiri sesi lawatan adalah sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan serta jamuan Hi-Tea.
""