Pada 31 Januari 2018 (Rabu), Bahagian Pengurusan dan Unit Latihan Institusi telah mengadakan Majlis Perasmian Sukan Antara Rumah Peringkat Kakitangan Penjara Pusat Sibu bagi Tahun 2018. Majlis perasmian melibatkan 4 buah rumah sukan yang disertai oleh 120 orang kakitangan. Majlis Peramian Sukan Antara Rumah telah disempurnakan oleh PP Mohd Jusoh Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat dan memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan itu sendiri.
""