Pengauditan Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi Institusi Penjara Negeri Melaka telah berlansung pada 12 dan 13 Februari 2018. Pengauditan ini melibatkan Pejabat Penjara Negeri Melaka, Pejabat Parol Daerah, Sekolah Henry Gurney Telok Mas dan Institut Koreksional Malaysia (IKoM). Seramai dua orang Juruaudit dari MAMPU yang diketuai oleh Puan Zuasma Binti Yahya dan Encik Zulkiflly Bin Abd Malek telah melaksanakan pengauditan di sekolah ini pada 12 Februari 2018. Majlis penutupan pengauditan tersebut turut dihadiri oleh PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan PKP Zalina Binti Mohd Yunos, Komandan IKoM.
""