10 Februari 2018 (Sabtu) : Penjara Dusun Dato? Murad dengan kerjasama Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah telah mengadakan Program Mesej Dari Penjara melibatkan JKKK Daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah di Dataran Agro, DDM. Ketibaan rombongan seramai 20 orang tersebut telah disambut oleh PKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Aturcara program dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato? Murad, taklimat berkaitan Parol & Perkhidmatan Komuniti, Program Mesej Dari Penjara bersama penghuni, lawatan ke persekitaran kawasan agro dan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar.
""