| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 23 Februari 2018 (Jumaat), institusi ini telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2018 yang diadakan bertempat di Dewan Rafflesia Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu. Seramai dua orang penghuni dan enam orang ahli keluarga terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Katherine Lee Mei Oi bersama empat orang ahli Lembaga Hakim Pelawat serta para jemputan daripada Prison Fellowship dan Persatuan Buddha (BLIA). Objektif program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta menyemai rasa kasih sayang agar penghuni tidak merasa dipinggirkan walaupun dipisahkan oleh tembok penjara.


""