Pada 21 Februari 2018 (Rabu) jam 09.00 pagi, Penjara Limbang telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina 2018. Program ini diadakan di Bilik Jumpa dengan penglibatan seramai 7 penghuni dan 2 ahli keluarga terdiri daripada ibu bapa, isteri dan adik-beradik penghuni. Aturcara Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Bahagian Pengurusan Banduan, TPP Hasbullah Bin Berahim seterusnya simbolik sesi penyerahan Angpau daripada ahli keluarga kepada penghuni. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan perayaan bersama ahli keluarga. Majlis telah berakhir pada jam 11.00 pagi.
""