Pada 20 Februari 2018 (Selasa) telah diadakan Sesi Perbincangan Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India di bawah Jabatan Perdana Menteri Bersama Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Kajang. Perbincangan diadakan bertujuan untuk meneroka perancangan dan hala tuju banduan belia India selepas dibebaskan kelak. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir YBhg. Prof Datuk Dr N. S. Rajendran, Ketua Pengarah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDC), YBrs. KP Haji Darussalam bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P. Kuala Lumpur serta wakil daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""