Pada 22 Februari 2018 (Khamis), Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina peringkat Penghuni Penjara Pusat Sri Aman yang diadakan bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Penguasa Penjara Pusat Sri Aman iaitu TPP Roy Anak Martin. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 15 orang ahli keluarga penghuni. Pada kali ini, ia melibatkan 2 orang penghuni yang telah terpilih. Antara pengisian majlis tersebut adalah ucapan daripada wakil penghuni dan jamuan makan.
""