Pada 22.02.2018 ( Khamis ) Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Pengarah Institusi Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baru menggantikan YB Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar. Turut hadir pada kunjungan tersebut adalah YBrs KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad, Melaka, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan Pengarah Institut Koreksional Malaysia (IKoM). Dalam kunjungan tersebut pelbagai perbincangan telah diadakan secara dua hala bagi mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Jabatan Penjara Malaysia Amnya terutama Jabatan Penjara Negeri Melaka Khasnya.
""