| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pertanian Di Penjara Pusat Miri Tahun 2018

Pada 27 November 2018  bertempat di Dewan PPI, Penjara Pusat Miri telah dijalankan Kursus  Pertanian yang dianjurkan oleh Unit Vokasional dan Industri, Penjara Pusat Miri melibatkan dua orang wakil dari Jabatan Pertanian Bahagian Miri dan dihadiri oleh (8) orang kakitangan serta (11) orang banduan Penjara Pusat Miri.

Agenda kursus menjurus kepada pengenalan tentang tanah, penggunaan baja dan racun serangga di kebun sayur mengikut kaedah yang betul.  Selain itu juga, kursus tersebut turut memberi pendedahan mengenai cara ? cara menyediakan batas dan penanaman sayur daun serta jagung.

Latihan amali tentang cara-cara penyediaan batas dan kaedah penanaman sayur yang betul turut dilakukan di kawasan kebun sayur Penjara Pusat Miri. Pegawai Pertanian juga memberi tunjuk ajar kepada pegawai dan banduan yang terlibat tentang cara-cara menggembur tanah dan menyemai anak benih sayur.


""