| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Pusat Koreksional Jasin Ke Prp Kem Syed Sirajuddin

Pada 15 November 2018, Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja Penolong Komisioner Penjara Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka bersama dengan 6 orang pegawai kanan dan 34 lain-lain pangkat. Objektif lawatan adalah untuk melihat dengan lebih dekat program dan aktiviti ODS dalam bidang pemulihan, pertanian, perikanan dan penternakan.  Program diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Yang Menjaga PRP Kem Syed Sirajuddin, Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah dan pegawai kanan dari Unit Pembantu Wadar (ATM) dan Penjara. Program lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas PRP Kem Syed Sirajuddin oleh KIP Mohd Shukri Mokhtar dan lawatan ke kawasan pertanian, perikanan dan penternakan.


""