Pada 27 November 2018 (Selasa) Kelab Sukan Kakitangan dan PERSIAP Sekolah Henry Gurney telah menganjurkan Program ?Jom Berkhatan? beramai-ramai anak-anak kakitangan SHG Telok Mas dengan kerjasama dari Hospital Umbai Melaka. Program ini diadakan bertujuan menyemarakkan budaya bermasyarakat disamping menghidupkan kembali budaya berkhatan beramai-ramai dikalangan Warga Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Pengisian program dimulakan dengan perarakan dengan iringan pasukan kompang penghuni sambil berselawat. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan PP PP Redzwan Bin Saghil@ Yusof, Timbalan Pengarah turut hadir bagi memeriahkan majlis.
""