Pada 13 November 2018 (Selasa), Program Jalinan Kasih Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan melibatkan 37 orang penghuni beserta 225 orang anggota keluarga. Program ini telah diadakan di Dataran Perhimpunan bermula dengan pendaftaran jam 7.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Abdul Hakim Bin Ma Hasan (Pengarah Penjara Kajang) bersama pegawai kanan dan anggota yang bertugas beserta wakil dari Persatuan Hindu Sangam Malaysia En Chinnathambi Chinniah. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan ?buskers? daripada penghuni yang mana dapat memberi peluang kepada penghuni untuk merasai suasana Sambutan Hari Deepavali disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang merupakan aspek penting dalam proram pemulihan
""