Pada 25 November 2018 ( Ahad ), KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj telah sudi mencemar duli berangkat ke Bengkel Pastry Penjara Bentong Pahang dalam program ? Beauty Behind The Wall ? ? Masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada Resorts World Genting yang diterajui oleh Chef Alex Vitalise. Turut sama mengiringi baginda adalah YH Dato? Ab Basir bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, PKK Aminon bin Adnan, Timbalan Pengarah Penjara Bentong , pengurusan tertinggi Penjara Bentong, Wakil Pengurusan Resorts World Genting serta Media Cetak dan Elektronik.
""