Pada 3 Disember 2018 (Isnin), Pengarah Penjara Negeri Melaka YBhg KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad telah meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan bersama dengan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Pertemuan ini diadakan sebagai memberi suntikan semangat, berkongsi pengalaman dan dorongan kepada pelajar tentang hala tuju setelah tamat menduduki peperiksaan SPM.
""