| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 23 November 2018 (Jumaat), telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Program tersebut melibatkan seramai 100 orang penghuni dan kakitangan di institusi ini. Objektif program adalah sebagai mengingati hari kelahiran junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W di samping mengimarahkan hari-hari kebesaran Islam. Pengisian program adalah Pertandingan Perarakan, Sepanduk dan Selawat serta Pertandingan Nasyid (Kategori Kumpulan & Solo). Juri jemputan adalah daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu iaitu KPL Aizam dan Ustaz Ku Muhamad Haris bin Zakaria.

Program Sambutan Maulidur Rasul diserikan dengan kehadiran PKP Norneelah binti Shukor, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan diiiringi oleh TPP Maria Philip Kulip. Program berjalan lancar dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada juri dan juga hadiah kepada para pemenang.


""