Pada 05/12/2018 YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Dan Koreksional), telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Kertas Cadangan Program Transformasi Minda Banduan Penagih Dadah Menggunakan Teknik Neuro-Linguistic Programming (NLP) bersama dengan pihak UNISZA yang telah diadakan Penjara Marang, Terengganu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad (UNISZA), Cik Morliyati binti Mohammad (UNISZA), KP Darussalam bin Budin, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah, TKP Ariffin bin Mohd Noor, TKP Mat Rashid bin Jahlil, PKK Wan Sani bin Ab Latiff, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, PKP Ahmad Mustakim bin Che Bisi, TPP Mohd Norbayusri bin Baharudin dan beberapa pegawai kanan dari IPPM. Seterusnya YBhg. Dato? mengambil kesempatan melawat kawasan blok penempatan tahanan/banduan serta sekitar Penjara Marang dan disudahi dengan minum petang dan menandatangani buku pelawat.
""